Teknik Urutan ‘I Love You’ Pada Bayi

Teknik Urutan i love u Pada Bayi

Dengar sahaja perkataan ‘i love you’ pasti buat semua orang teruja. Salah satu teknik urutan yang sangat bagus dan mudah diamalkan pada bayi adalah urutan ‘i love u’. Urutan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan ibu dan anak malah dengan cara urutan yang betul, mampu melegakan perut bayi dan menenangkan bayi. Urutan ini mudah diingat kerana menggunakan huruf ‘I’, ‘L’ dan ‘U’.

Teknik Urutan I Love You

Cara Urutan I Love You

  1. Baringkan bayi dengan permukaan rata dan bersih. Ambil sedikit Trub Balm pastikan balm berada di jari tangan.
  2. Pandang bayi dan mulakan dengan urutan huruf ‘I’. Gunakan dua atau tiga jari dengan perut dibahagian kiri bayi di atas tulang rusuknya. Ikuti ke bawah ke sendi pinggul.
  3. Kemudian, buat urutan huruf ‘L’ terbalik dari kanan ke kiri perut bayi.
  4. Akhir sekali, buat urutan huruf ‘U’ terbalik dari kanan ke kiri perut.
  5. Ulang beberapa kali urutan ini sehingga bayi lega dan selesa.

Pastikan urutan yang dilakukan dimulakan dengan bahagian kiri perut bayi, iaitu dibahagian kanan ibu bagi memastikan angin lebih mudah dikeluarkan melalui saluran yang betul. (Boleh rujuk gambar untuk rujukan). Ibu juga digalakkan, menyebut perkataan ‘I Love You’ supaya dapat merangsang pendengaran bayi justeru melahirkan rasa sayang terhadap bayi anda.

Manfaat Urutan Pada Bayi

Apabila ibu mengurut bayi, hormon oxytocin akan dirembeskan oleh ibu dan bayi. Hormon ini juga dipanggil sebagai ” The Love Hormone” iaitu Hormon Cinta. Hormon ini membantu menguatkan lagi ikatan hubungan antara ibu dan bayi dan sekali gus meningkatkan ikatan kasih sayang.

Anak yang berjaya merembeskan hormon oxytocin lebih mudah dijaga serta lebih tenang dan kurang meragam. Pastinya diibu lebih gembira apabila anak gembira.

Dengan sapuan Trub balm yang tidak panas, berbau wangi dan bersama manfaat 8 essential oil didalamnya, pastinya Trub Balm menjadi pilihan ibu – ibu untuk alternatif minyak urut bayi lebih selamat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *