Cara Mudah Naikkan Hb Ketika Mengandung

Setiap kali checkup ibu mengandung, empat benda basic yang akan di periksa adalah berat badan ibu, tekanan darah ibu, warna air kencing ibu dan juga bacaan Hb dalam darah. Utk ibu yang pertama kali mengandung, Hb atau nama penuhnya Haemoglobin adalah molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida utk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu – tisu dalam badan.

Bacaan Hb ini sangat penting untuk menentukan ibu mengalami anemia atau kurang darah. Bacaan cantik untuk ibu mengandung sebaiknya atas 11 g/dl ( gram per deciliter), manakala bagi wanita yang tidak mengandung 12-15 g/dl.

Akibat Yang Akan Dialami Sekiranya Bacaan Hb Bawah 11 g/dl.

Kandungan Hb yang rendah boleh menyebabkan ibu sentiasa lemah, mudah pening, degupan jantung menjadi lebih laju dan berkemungkinan mengalami komplikasi saat melahirkan nanti.

Akibat Kekurangan Darah Dalam Badan

Risiko bukan hanya kepada ibu malah kepada bayi yang bakal dilahirkan. Hb ibu yang rendah boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang, pembentukan bayi tidak sempurna dan terbantut.

Cara Mudah Untuk Naikkan Hb Dalam Darah

  1. Pastikan ibu ambil pil ‘iron’ yg berwarna coklat yang dibekalkan oleh Klinik.¬† Pil iron ini perlu dimakan dalam keadaan perut kosong iaitu sejam sebelum makan atau dua jam selepas makan. Untuk kesan yang lebih baik, makan pil iron dengan air jus oren. Sekiranya ada ibu yang tidak mampu menelan pil iron yg dibekalkan, boleh gantikan dengan sama ada obimin, iberet atau malfore.
  2. Selain pil iron yg disenaraikan, pastikan ambil vitamin c. Vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.
  3. Kurangkan dan lebih baik berhenti dari minum minuman yang berkafein seperti kopi, teh dan coklat.
  4. Elakkan mengambil makanan yg tinggi kalcium seperti susu dengan makanan yang mengandungi zat besi.
  5. Makan makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi jambu batu, brokoli, kacang tanah, kacang almond, kurma, buah delima, paru, hati ayam, bayam dan lain-lain. Boleh rujuk carta dibawah untuk mengetahui kandungan zat besi setiap makanan dan saiz hidangan.
Jadual makanan dan kandungan zat besi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *