Bayi Sembelit? Ini 7 FaQ Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Sembelit.
FAQ 1:Apa sebab bayi lebih mudah sembelit setelah mulai makan makanan solid, yaitu setelah 6 bulan?
Bayi mudah mendapat sembelit ketika mulai diberikan makanan solid kerana beberapa sebab seperti makanan yang diberikan terlalu pekat serta kurang mendapat cairan sama ada daripada susu ibu atau air putih. Selain daripada itu, usus bayi baru mula beradaptasi dengan makanan. Pada permulaan ini, enzine lactose semakin banyak yang menyebabkan pencernaan susu semakin baik tetapi kurang kontraksi otot otot di sekitar dubur, jadi bayi lebih susah membuang air besar.
FAQ 2:Kalau Baby full breastfeed ok tak kalau tidak membuang air besar setiap hari?
Pada bayi yang full breast feed, tidak mengapa kalau tidak membuang air besar setiap hari. Ini bergantung kepada banyaknya enzim lactose di dalam perut dan usus, kandungan susu ibu yang diminum, dan mikcro-organisma yang berada dalam usus bayi. Setiap bayi adalah berbeza.
FAQ 3:Apakah tanda-tanda sembelit?
Sembelit adalah kesulitan membuang air besar, iaitu sehingga tempoh 10-14 hari. Waktu nak keluarkan najis,bayi nampak susah meneran dan menangis kerana kesakitan. Bayi cuma akan berasa lega sebaik sahaja najisnya berjaya keluar.
FAQ 4:Berapa lama sembelit setelah bayi mulai makan?
Tidak ada kepastian berapa hari kerana setiap bayi berbeza. Ini adalah kerana najis berada di dalam saluran pencernaan yang panjang. Contohnya pada satu titik tertentu didalam usus, ususnya susah untuk menolak najis ke dubur bawah, jadi bayi akan kesakitan dan menangis tapi belum tentu najisnya terus keluar. Setelah itu kesakitannya akan reda sebentar, kemudian boleh jadi bayi akan rasa sakit semula sampai najis betul-betul keluar baru bayi rasa lega.
Ibu boleh memantau pola buang air besar bayi anda masing-masing. Adakah setiap hari, atau 2 kali sehari atau lebih dari itu. Selain itu ibu juga perlu melihat apa yang bayi makan setiap hari, pastikan makanan yang mengandungi serat dan mendapat cairan yang mencukupi.
FAQ 5:Makanan apa yang boleh membuatkan bayi sembelit?
Tidak ada sejenis makanan pun yang tiba-tiba membuatkan bayi sembelit. Biasanya yang membuatkan bayi sembelit itu adalah kerana tekstur makanan yang kita berikan misalnya terlalu pekat, padat atau likat. Selain itu, bayi lebih mudah sembelit jika kurang cairan yang diminum. Bayi memerlukan cairan yang banyak untuk membantu ususnya bekerja.
FAQ 6: Betul ke terlalu banyak serat menyebabkan sembelit?
Serat membantu pencernaan, iaitu membantu usus untuk mudah mengeluarkan najis. Yang paling penting untu bayi adalah memantau cairan yang masuk ke bayi menepati keperluannya. Contohnya untuk berat badan 10 kg, bayi memerlukan sekitar 1 liter air setiap hari, termasuk susu ibu dan air putih.