Tak Sanggup berulang alik ke klinik, Ibu Amalkan Tip Turunkan Kuning Dengan Cepat.

“Puan, saya rasa anak puan ni ada sedikit kuning pada muka dan dadanya. Petang ni puan bawak bayi ke klinik ya, Nak periksa paras kuning”.
Inilah dialog yang biasa diterima selepas baru sahaja dua tiga hari pulang dari hospital. Dari anak sulung sampailah ke anak bongsu. Maka bermulalah episod berulang setiap hari ke klinik untuk ambil darah, periksa paras kuning bayi, warded hsopital sehinggalah discaj dari jaundis.
Berkenaan warded hospital, antara faktor yang mempengaruhi:-
- Bergantung pada kadar bilirubin dalam darah
- Umur bayi mengikut hari.- Tahap bilirubin ini biasanya akan memuncak antara 3 hingga 7 hari selepas dilahirkan.
- Risiko yang ada.
Risiko ni boleh jadi :
- Bayi pramatang yang lahir sebelum 37 minggu kehamilan
- Kekurangan enzim (G6PD)
- Ibu darah O atau darah bayi tidak sama dengan mak
- Bayi yang tidak mendapat susu yang mencukupi
- Berat bayi kurang dari 2.5kg
Biasanya anak May, memang wajiblah kene tahan ward di hospital sebab bacaan kuning yang tinggi walaupun dah cuba macam-macam tip untuk turunkan kuning. Tambahan, doctor selalu bagitau, antara faktor anak May kuning, disebabkan May darah O, risiko anak akan kuning lama lebih tinggi. Akhirnya, anak ke-4, saya amalkan 3 tip ini sahaja untuk turunkan kuning dan untuk kali pertamanya, anak tak perlu warded disebabkan kuning. Syukur ya Allah!
Ini 3 perkara yang May Amalkan Untuk turunkan kuning Bayi dengan cepat.
Tip pertama yang May buat adalah kerapkan bagi susu badan pada bayi setiap 1-2 jam sekali.
Teorinya, bayi yang kerap menyusu, bayi ini akan kerap membuang. Bila bayi kerap membuang, lebih banyak bilirubin(kuning) dikeluarkan daripada badan bayi dan kuning akan berkurangan dengan lebih cepat.
Tapi, bayi yang mengalami kuning, biasanya keletihan, mengantuk dan mudah tertidur selepas beberapa kali menyusu. Jangan sesekali biarkan bayi tidur tanpa menyusu melebihi 2 jam. May akan pastikan gerak bayi setiap sejam untuk menyusu dan ia bayi senagat susah untuk bangun.
Jadi apa yang May buat untuk gerakkan bayi?
- Jangan bedung bayi dengan kain bedung supaya bayi kerap terkejut dan mudah terjaga.
- Tegakkan bayi
- Perahkan sedikit susu ibu atas bibir bayi
- Lapkan muka bayi dengan tuala basah
- Mencium bayi sehingga bayi bangun
- Geletek tapak kaki, dan perut bayi