Kuning bayi atau jaundice-ini yang ibu ayah perlu tahu

Rata-rata bayi yang baru lahir akan alami kuning atau jaundice. 

Apa itu kuning bayi?

Kuning bayi atau ‘jaundice” adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit, mata putih serta  dalam mulut bayi. Kuning ini terjadi disebabkan oleh kadar tahap ‘bilirubin’ yang lebih tinggi daripada biasa. 

 

Apa itu bilirubin?

Bilirubin ialah pigmen berwarna kuning yang terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan.  Process pemecahan sel darah merah ini normal berlaku di kalangan bayi. Ini disebabkan sel darah merah bayi yang mengandungi fetal hemoglobin(HbF)) tidak lagi diperlukan.  bayi. HbF ini dihasilkan dan diperlukan bayi ketika dalam kandungan sahaja. 

Menurut Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Perunding Pediatrik dan Pakar Laktasi Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Johor Bahru, HbF yang asalnya daripada kandungan ibu ini perlu dipecahkan dan digantikan dengan hemoglobin A (HbA) yang berfungsi membawa dan melepaskan oksigen dengan lebih baik dari HbF.

Process pemecahan sel darah merah ini seterusnya berlaku dialam hati dan disimpan sebagai garam hempedu didalam pundi hempedu lalu dibuang melalui najis. Sebab itu bayi yang baru lahir, najisnya berwarna kuning. Kuning ini adalah hasil dari bilirubin. 

Sekiranya najis bayi pucat atau kelabu, kemungkinan bilirubin tidak turun ke usus untuk mencernakan lemak susu ibu. Bimbang paras kuning tidak turun dan berat badan bayi tidak naik.

Penyakit kuning bayi ini sering berlaku apabila organ dalaman baby seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk memproses bilirubin selepas dilahirkan. 

bacaan kuning bayi
Apakah iti bilirubin?

Penyakit Kuning Yang Berbahaya.

Menurut Pensyarah dan Pakar Genetik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Surini Yusoff, penyakit bayi kuning terbahagi kepada dua jenis iaitu  ‘physiologic jaundice’ dan  ‘pathologic jaundice’. 

‘Physiologic jaundice’ atau Fisiologi jaundis (nomal) adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur dua sehingga tiga hari dan akan berakhir dalam masa dua minggu selepas dilahirkan. Masalah kuning ini boleh menjadi serius sekiranya paras kuning terlalu tinggi dari paras normal dan boleh menyebabkan kerosakan pada otak. Pastikan hadir ke klinik untuk semak paras kuning bayi untuk dapatkan nasihat dari doktor. 

‘Pathologic jaundice’ atau patalogi jaundis (tidak normal) pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera. Berkemungkinan organ hati bayi mengalami masalah, sama ada jangkitan kuman atau masalah kecacatan sejak lahir.  

 Kuning baby juga sering berlaku disebabkan oleh baby mengalami masalah kekurangan ezim G6PD, masalah darah merah yang mudah pecah, kurang menyusu dan jenis darah yang berlainan dengan anak.

Penyakit kuning bayi ini sering berlaku apabila organ dalaman baby seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan

Kernicterus adalah kerosakan otak yang disebabkan oleh paras bilirubin yang tinggi didalam otak.

Bagaimana tahap kuning di kesan? 

 Pernah tak kita tengok, jururawat penekan kulit bayi dalam pantang? Ini adalah kaedah Kramer’s Rules yang digunakan untuk melihat tahap kuning yang dialami bayi sebelum ujian darah dilakukan. Penekanan di kulit di lakukan dari kawasan kepala, muka sehingga ke bawah kaki. Semakin kuning kelihatan ke di seluruh tubuh badan, semakin tinggi paras kuning bayi. 
Bacaan sebenar kuning ditentukan dengan ujian darah. Darah akan diambil di kawasan tapak kaki bayi dalam jumlah yang sedikit. Ujian darah ini akan dilakukan sehingga bacaan kuning di bawah paras berbahaya. 
Kramer's Rule

Sekiranya bayi kelihatan kuning tetapi, 

  •  kerap menyusu setiap 2 sehingga 3 jam
  • Kerap kencing melebihi 8 kali sehari
  • Kerap membunag air besar 
  • Aktif bergerak
  • Tidak demam

Ini menunjukkan bayi anda sihat. 

Rawatan untuk turunkan kuning bayi.

Sekiranya kuning bayi terlalu tinggi, doctor akan beri rawatan fototerapi. Rawatan ini,bayi akan diletakkan dibawah cahaya lampu biru.  Rawatan ini membantu menukar bilirubin tadi supaya mudah dikeluarkan dari badan.

Selain itu, penyusuan ibu perlu dikerapkan setiap sejam sekali kerana susu dapat membantu mengeluarkan kuning melalui najis.

Seterusnya, sapu dengan balm trub untuk melawaskan lagi pembuangan najis bayi.

© 2021 OmmeKids. All Rights Reserved.

Shopping cart

0

No products in the cart.