
Anak kerap selsema Batuk berhari-hari?
Balm Cfrub pilihan ibu ayah untuk anak sihat

Inilah balm yang kali pertama May cuba dan terus jatuh cinta! Balm yang banyak membantu melegakan hidung anak-anak May yang tersumbat dan berair teruk.
Sebelum berjumpa dengan balm cfrub, memang teruk hidung anak-anak May sampai luka-luka sebab kene tonyoh dengan kain lap. Berkeruping kawasan antara hidung dengan mulut tau!
Alhamdulillah sejak ada balm cfrub, dengan izin Allah anak-anak lebih cepat baik selsema dan batuk. Tak de dah drama kene paksa makan ubat macam kene dera. Dah kene berjalan telan, anak muntahkan balik ubat! Fuh!
Sekurang-kurangnya ada alternatif untuk anak yang susah makan ubat.
Fungsi Balm Cfrub
Fungsi Cfrub adalah sebagai alternatif untuk membantu mengurangkan masalah selsema, batuk dan demam dikalangan anak-anak. Terutamanya anak-anak yang berumur dua tahun ke bawah yang tidak sesuai untuk makan ubat.
Secara umumnya, balm cfrub berfungsi:
- Mengurangkan hidung tersumbat
- Melegakan batuk berkahak dan gatal-gatal di kerongkong
- Memberi keselesaan di dada dan memudahkan pernafasan
- Membantu menurunkan suhu badan ketika demam
- Membantu menguatkan imunisasi badan anak-anak

Larangan pengambilan ubat batuk selsema kepada anak-anak yang berumur dua tahun ke bawah kerana terdapat kandungan yang berkemungkinan membahayakan kesihatan anak-anak.
Kegagalan pernafasan dan terjadinya sawan merupakan antara kesan sampingan yang mungkin terjadi sekiranya ubat diambil tanpa kawalan dan pantaun dari doktor pakar.
Jadi ibu ayah harus berhati-hati dalam pengambilan apa sahaja ubat untuk anak-anak kita.

Bagaimana Cfrub Membantu melegakan selsema Batuk ?
Balm Cfrub mengandungi tujuh jenis EO (Essential Oil) yang membantu mengurangkan masalah selsema batuk.
Kandungan EO Eucalyptus atau dikenali sebagai minyak kayu putih bertindak mencairkan kahak.
Eo Tea Tree yang bersifat antibakteria semulajadi yang membantu atasi masalah selsema dan batuk.
di dalam balm Cfrub membantu merawat jangkitan
Selain itu eo Lemon juga berperanan menurunkan suhu badan ketika demam dan mencarikan kahak selsema batuk.
Ia juga mengandungi EO frankincense yang membantu meningkatkan imuniti tubuh badan yang sangat diperlukan badan ketika sakit.
Terdapat juga eo Lavender yang wajib ada dalam setiap balm yang membantu mengurangkan ketidakselesaan pada badan dan membantu tubuh badan menjadi tenang terutamanya ketika tidak sihat.

Cara Menggunakan Balm Cfrub
Sapu dibahagian dada, tulang belakang dan tapak kaki.
Boleh sapu secara kerap dua hingga 3 jam sekali bergantung pada situasi anak.
Digalakkan juga buat teknik tepuk percussion untuk membantu melonggarkan kahak.
Antara tindakbalas yang mungkin berlaku:
1) hingus meleleh dengan lebih banyak kerana eo eucalyptus membantu mencairkan lendir agar lebih cepat keluar.
Cadangan tindakan: sedut hingus menggunakan penyedut hingus.
2) muntah kahak
3) najis berlendir
Jangan bimbang, ini adalah process untuk pembuangan lendir dan kahak.

Tip sapuan Balm Cfrub dibahagian tapak kaki untuk anak selsema Batuk
Untuk masalah selsema, sapukan balm cfrub dengan cara mengurut dan tekan dibahagian jari jemari kaki yang berwarna kuning, s.
Untuk masalah batuk berlendir dan berkahak, sapukan balm cfrub dengan mengurut dan menekan kawasan biru didalam gambar. Iaitu diantara jari jemari kaki dengan kawasan tapak kaki tengah.
Selepas tu pakaikan stokin sekiranya anak ingin tidur.


Fakta Menarik Mengenai Balm Cfrub
Sekiranya anda pernah membeli cfrub balm dan mendapati bau cfrub berbeza, ini disebabkan perbezaan musim dan komponen tanah tempat pokok eucaplyptus di tanam.
Jangan bimbang, bau yang berlainan menunjukkan produk Balm Cfrub Tasneem menggunakan EO grade Theraupatic dan Pure.


Tak Sanggup Berulang Alik ke Klinik, Ibu Amalkan Tip Kurangkan Kuning Dengan Cepat.
